Selamat Datang ke Laman Web Jabatan Matematik MRSM Kuala Berang

Monday, February 11, 2008

1. Sejarah

Kampus Maktab Rendah Sains MARA Kuala Berang terletak di Kampung Padang Setenga, kira-kira 4 km dari Bandar Kuala Berang menghala ke Empangan Hidro Kenyir (Stesen Janakuasa Sultan Mahmud) dan 45 km dari Bandar Kuala Terengganu. Ianya meliputi kawasan seluas lebih kurang 29 ekar dan dikelilingi oleh kawasan pertanian.

Kampus ini asalnya adalah kesinambungan daripada Maktab Rendah Sains MARA Kerteh yang terletak di Bandar Baru Kerteh kira-kira 12 tahun yang lalu. MRSM Kerteh mula beroperasi pada 15 April 1987 hingga November 1992. Setelah itu, ianya ditutup dan dibuka di lokasi yang baru iaitu di Kuala Berang.





Gambar 1 dan Gambar 2 menunjukkan panorama maktab pada mula-mula ia bertapak di Kuala Berang. Dengan bantuan daripada MARA dan Kementerian Pembangunan Usahawan, kampus ini telah menjalani beberapa proses evolusi yang pesat sehingga menjadi sebuah kampus yang lengkap dan memenuhi kehendak para pelajar dan guru.


Gambar 3 pula menunjukkan panorama kampus MRSM Kuala Berang sekarang yang menjadi idaman setiap pelajar. Selain ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan pengajaran dan pembelajaran malahan ia juga merupakan salah satu tempat persinggahan untuk pelancong yang ingin melancong ke Tasik Kenyir iaitu hanya kira-kira 10 km dari MRSM. Disebabkan itulah, pihak Koperasi MRSM Kuala Berang dengan bantuan Biro Angkasa telah menubuhkan 4 buah chalet iaitu 2 Chalet Standard dan 2 Chalet Suite untuk kemudahan pelancong terutama semasa cuti persekolahan selain daripada tempat penginapan untuk ibu bapa pelajar.

No comments:

Kotak Carian