Selamat Datang ke Laman Web Jabatan Matematik MRSM Kuala Berang

Monday, February 11, 2008

3. Kemudahan Fizikal

di MRSM Kuala Berang

Sehingga kini, MRSM Kuala Berang mempunyai pelbagai kemudahan fizikal dan infrastruktur yang melengkapi ciri-ciri sesebuah kampus. Walaupun kebanyakan bangunan masih seperti dahulu, pihak pentadbiran telah berusaha dengan sedaya upaya untuk membangunkan kawasan maktab supaya dapat menampung jumlah pelajar yang semakin ramai. Ini termasuklah pembinaan blok-blok kelas yang bertingkat, pembinaan asrama bertingkat dan bilik-bilik yang lebih luas untuk kegunaan pihak pentadbiran.

Kemudahan-kemudahan fizikal yang sedia ada di MRSM Kuala Berang kini adalah :-

1. Kemudahan Rekreasi
2. Koperasi
3. 1 buah Perpustakaan (Bait Al-Hikmah)
4. 1 buah Bilik Multimedia (Internet)
5. 1 buah Makmal Komputer
6. 4 buah Bilik Guru
7. 1 buah Bilik Mesyuarat
8. 1 buah Blok (1 tingkat) dan 1 buah Blok (2 tingkat) Asrama Puteri
9. 1 buah Surau An-Nur
10. Dewan Selera
11. 8 buah Makmal Sains
12. 20 buah Kelas
13. Kemudahan Gelanggang Permainan seperti Bola Tampar, Bola Jaring, Badminton, Sepak Takraw, Tenis, Petanque, Bola Sepak dan Ping Pong.
14. Dataran Cemerlang
15. Dewan Besar (Dewan Gemilang)
16. 4 buah Chalet
17. 3 buah bilik Guru Asrama
18. 1 buah Rumah Pengetua
19. 1 buah Rumah Penolong Pengetua
20. 1 blok Bangunan Pentadbiran
21. 1 buah Setor Pentadbiran
22. 10 buah Basikal 'Mountain Bike' (Rekreasi)
23. 8 buah Rumah Guru (1 blok 2 tingkat)
24. 5 buah Rumah Staf Sokongan
25. 1 buah Dobi Koperasi
26. 1 buah Kantin Maktab

Selain daripada itu, pihak maktab juga menyediakan kemudahan-kemudahan yang lain untuk warga maktab iaitu Kemudahan Pengangkutan dan Kemudahan Am yang lain.

Kemudahan Pengangkutan

1. 1 buah Van Maktab
2. 1 buah Bas Maktab

Kemudahan Am

1. 10 buah talian Telefon Awam
2. 16 buah talian Telefon Telesiswa
3. 10 buah talian Telefon EzeePhone
4. 5 buah Water-Cooler
5. 13 buah Pondok Rehat di sekitar maktab
6. 1 buah Pondok Rehat Berkembar
7. 27 buah Bangku Rehat
8. 1 baris Tempat Meletak Kereta Berbumbung (VIP)
9. 1 baris Tempat Meletak Kereta Berbumbung (Biasa)
10. 2 buah Kolam Ikan sebagai lanskap maktab

Gambar-gambar kemudahan di MRSM Kuala Berang



































2. Peta dan Pelan Lokasi




1. Sejarah

Kampus Maktab Rendah Sains MARA Kuala Berang terletak di Kampung Padang Setenga, kira-kira 4 km dari Bandar Kuala Berang menghala ke Empangan Hidro Kenyir (Stesen Janakuasa Sultan Mahmud) dan 45 km dari Bandar Kuala Terengganu. Ianya meliputi kawasan seluas lebih kurang 29 ekar dan dikelilingi oleh kawasan pertanian.

Kampus ini asalnya adalah kesinambungan daripada Maktab Rendah Sains MARA Kerteh yang terletak di Bandar Baru Kerteh kira-kira 12 tahun yang lalu. MRSM Kerteh mula beroperasi pada 15 April 1987 hingga November 1992. Setelah itu, ianya ditutup dan dibuka di lokasi yang baru iaitu di Kuala Berang.





Gambar 1 dan Gambar 2 menunjukkan panorama maktab pada mula-mula ia bertapak di Kuala Berang. Dengan bantuan daripada MARA dan Kementerian Pembangunan Usahawan, kampus ini telah menjalani beberapa proses evolusi yang pesat sehingga menjadi sebuah kampus yang lengkap dan memenuhi kehendak para pelajar dan guru.


Gambar 3 pula menunjukkan panorama kampus MRSM Kuala Berang sekarang yang menjadi idaman setiap pelajar. Selain ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan pengajaran dan pembelajaran malahan ia juga merupakan salah satu tempat persinggahan untuk pelancong yang ingin melancong ke Tasik Kenyir iaitu hanya kira-kira 10 km dari MRSM. Disebabkan itulah, pihak Koperasi MRSM Kuala Berang dengan bantuan Biro Angkasa telah menubuhkan 4 buah chalet iaitu 2 Chalet Standard dan 2 Chalet Suite untuk kemudahan pelancong terutama semasa cuti persekolahan selain daripada tempat penginapan untuk ibu bapa pelajar.

Kotak Carian